6 Ciri Wanita Cantik Menurut Islam

In Info, Islami 117 views

 “Dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.”
Ar Rahman:70

Setiap wanita pasti tak lepas dari keinginan untuk selalu kelihatan cantik. Tetapi sebenarnya kebanyakan wanita masih tidak mengetahui akan makna kecantikan pada pandangan al-Quran dan Islam, jadi bagaimana kecantikan dalam pandangan Islam itu?
1. Wanita Yang Sentiasa Mencintai Allah Dan RasulNya

 Wanita itu kelihatan cantik jika dia mencintai Allah SWT dan Rasulnya lebih banyak daripada cintanya terhadap apapun di dunia ini.

Ini kerana  cintanya pada Allah dan Islam sudah kuat dan juga kokoh pasti wanita tersebut melakukan setiap perkara dalam batasan yang termaktub dalam agama.
Pendek kata, seseorang wanita yang cantik itu tidak akan melakukan hal yang dilarang dan dimurkai oleh Allah SWT.
2. Wanita Yang Teguh Menjaga Maruah Dirinya

 Islam sangat mengangkat tinggi martabat wanita yang berpegang teguh serta menjaga maruah dirinya. Ini termasuklah dalam hal menjaga auratnya, pergaulannya serta perkataannya yang bersesuaian dengan ajaran Islam.

Wanita yang cantik pada pandangan Islam juga sangat malu dengan fitnah yang membuatnya sangat berhati-hati dengan setiap tindakannya.
Jadi mana-mana wanita yang sentiasa menjaga maruahnya sudah tentulah seorang wanita yang sangat cantik pada pandangan agama.
3. Wanita yang senantiasa berdzikir
Wanita yang cantik luar dan dalam sudah tentu tidak bercakap kosong, apatah lagi mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai Allah, seperti makian atau kata cercaan.
Oleh itu, wanita yang cantik akan sentiasa membasahkan lidah mereka dengan zikrullah dan istighfar serta puji pujian kepada Allah SWT.
Bukankah bahasa yang cantik itu datangnya dari hati yang cantik dan bersih? Maka, dari situlah kecantikan yang hakiki itu muncul, bukannya dari alat solek yang mahal atau berjenama.
4. Wanita yang sederhana
Wanita yang cantik tidak perlu berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara, termasukah dalam aspek berhias.
Ini bermakna dia akan bersederhana dalam apa jua perbuatannya, seperti pergerakannya, penampilannya serta perilakunya dalam kerja-kerja harian.
Allah dan ajaran Islam tidak menyukai wanita yang melakukan hal-hal melampaui batas.
“Katakanlah, ‘wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.”
Az- Zumar : 53
5. Wanita yang senanttiasa menjaga wudhunya

 Sudah tentu setiap wanita akan kelihatan cantik apabila wajahnya sering dibasuh dengan air wudhuk, apatah lagi jika lima kali sehari berwudhu.

Selain membasuhkan kulit wajah yang tercemar dengan debu-debu, wudhuk juga akan menyerikan wajah seseorang dengan berkatnya yang tersendiri.
Dengan itu sudah tentu wanita yang cantik tidak bimbang untuk membasuh muka mereka dengan air wudhuk yang akan memadamkan hiasan di wajah, bahkan senang hati untuk berada dalam keadaan berwudhuk.
Ini juga membezakannya dengan golongan yang tidak pernah berwudhuk, pasti tidak kelihatan ‘nur’ pada wajah mereka.
6. Wanita yang menjaga kesehatannya

 Bukan sahaja memiliki penampilan menarik, bersih, dan sopan santun, seseorang wanita itu pasti akan kelihatan lebih cantik apabila dia sihat dan cergas. Ini kerana wanita cantik pasti akan memelihara kesihatan dirinya dari aspek fizikal dan mental.

Sebenarnya, sangat penting untuk wanita itu menjadi sihat dan jauh dari apa-apa jua penyakit demi menjalani tanggungjawab sehariannya, selain kelihatan lebih segar dan bertenaga. Pastinya seorang yang sedang sakit atau kurang sihat itu kelihatan pucat dan tidak bermaya, bukan?

 Oleh itu, kecantikan yang dikatakan dalam Islam bukan dilihat pada kecantikan fizikal semata-mata, tetapi kecantikan itu sebenarnya dari dalam iaitu hati dan sikap seorang wanita itu.

Jadi, golongan wanita janganlah bimbang bahawa diri sendiri tidak cantik, bahkan berusaha keras mencantikkan diri dengan pelbagai cara dan kaedah sehingga lari dari batas ajaran Islam.
Kecantikan akhlak dan keindahan hati jualah yang sebaiknya berbanding dengan kecantikan fizikal yang pasti akan pudar walau seiring dengan usia, InsyaAllah.
Sumber: Tazkirah.net

 

Tags: #cantik #ciri-ciri #wanita

author
Author: 
    Universitas Ini Telah Siapkan Dua Mobil untuk Balap Formula di Jepang
    Universitas Ini Telah Siapkan Dua Mobil untuk Balap Formula di Jepang
    Kabar terbaru datang dari Institut Teknologi Sepuluh
    Habis Makan, Keluarga Ini Lupa Bawa Pulang Anaknya
    Habis Makan, Keluarga Ini Lupa Bawa Pulang Anaknya
    Makan bersama keluarga di sebuah restoran tentunya
    5 Negara yang Memiliki Jaringan Internet Tercepat di Asia
    5 Negara yang Memiliki Jaringan Internet Tercepat di Asia
    Saat traveling ke suatu negara, jaringan internet

    Leave a reply "6 Ciri Wanita Cantik Menurut Islam"

    Must read×

    Top
    %d bloggers like this: